Monday, July 15, 2024
HomeBERITA8,125 individu ditangkap kerana ingkar PKP

8,125 individu ditangkap kerana ingkar PKP

Seramai 1,220 ditangkap dan 854 dari jumlah berkenaan telah dikenakan kompaun RM1,000 kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kira-kira 345 orang pula telah direman dan 21 darinya telah dijamin.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media juga memaklumkan jumlah tangkapan kumulatif yang ingkar PKP bermula 18 Mac sehingga 11 April adalah melibatkan 8,125 individu.

Beliau berkata, mereka yang ditangkap akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 24 (342) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dengan maksimun penjara dua tahun atau denda atau kedua-duannya.

Malah bagi kesalahan kedua individu terbabit akan dipenjara tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Sabtu, 11 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments