Semua institusi perbankan dan Paynet akan mengecualikan caj RM1 bagi pengeluaran wang disemua mesin ATM yang menggunakan rangkaian Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS).
Kerajaan telah memutuskan pengecualian caj pengeluaran wang akan dimulakan hari Isnin ini iaitu 6 April sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Langkah berkenaan dibuat bagi memastikan orang ramai tidak bersesak di kaunter bank untuk mengeluarkan wang.
Ini akan memberikan ruang dan kemudahan kepada rakyat supaya boleh membuat pengeluaran wang di kesemua ATM yang telah disediakan.
Dalam masa yang sama rakyat digalakkan agar terus mengamalkan penjarakkan sosial satu meter ketika beratur menunggu giliran di mesin ATM.
Kerajaan akan memberi pengecualian caj pengeluaran RM1 di semua mesin ATM dibawah Malaysian Electronic Payment System…
Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 03 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply