Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPerdana Menteri rakam penghargaan buat seluruh warga PDRM bersempena Hari Polis Malaysia...

Perdana Menteri rakam penghargaan buat seluruh warga PDRM bersempena Hari Polis Malaysia ke 213

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perkongsian video di laman Facebook rasmi beliau merakamkan penghargaan buat seluruh warga PDRM, bersempena Hari Polis Malaysia ke 213.

Menurut Tan Sri Muhyiddin, segala khidmat bakti dan perjuangan yang telah polis curahkan sepanjang tempoh mereka berkhidmat adalah suatu yang amat  beliau hargai.

Tambah Perdana Menteri, pekerjaan tersebut pastinya memerlukan pengorbanan yang besar kerana harus menjamin dan mengekalkan kesejahteraan dan keselamatan negara serta menjauhkan ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai.

Ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Polis ke-213.#Juststayathome#DudukRumah

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Selasa, 24 Maret 2020

Tambah beliau, sekarang negara dilanda penyakit dan wabak COVID-19 yang tentunya sedang mengancam kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Apa yang penting adalah pihak kerajaan telah melaksanakan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dimulakan lebih sepuluh hari yang lepas.

Dan seluruh anggota polis telah secara sukarela dikerah untuk menjalankan tugas untuk menjamin supaya Perintah Kawalan Pergerakan dapat dilaksanakan secara berkesan.

Perkara berkenaan semestinya memerlukan suatu pengorbanan dan juga komitmen yang tinggi agar negara akan terus menjadi sebuah negara yang aman dan selamat.

Mengakhiri ucapan Perdana Menteri turut mendoakan segala pengorbanan anggota yang bertugas akan mendapat balasan dan pahala yang sebesar besarnya daripada Allah SWT. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments