Sunday, June 16, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Penambahan kes baharu di 12 negeri direkodkan hari ini

COVID-19 : Penambahan kes baharu di 12 negeri direkodkan hari ini

Dalam tempoh 24 jam hari ini, Perlis, Pahang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal dengan bilangan COVID-19 semasa masing-masing sebanyak 9, 56, 38 dan 5 kes.

Manakala 12 negeri lagi direkodkan penambahan kes baharu iaitu di Kedah (64) dan Sarawak (83) naik 5 kes serta Pulau Pinang (68) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (15) naik 2 kes.

Selain itu, Negeri Sembilan (109) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (257) bertambah sebanyak 15 kes.

Lain-lain negeri termasuk Perak (98) meningkat 17 kes, Selangor (381) naik 27 kes, Melaka (31) dengan 6 kes, Johor (162) bertambah 4 kes, Kelantan (78) catat jumlah kenaikan 7 kes dan Sabah (170) hanya 1 kes.

Dalam perkembangan lain, seramai 8,954 jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling telah disaring.

Daripada jumlah itu, 986 didapati positif, 5,245 negatif dan 2,704 masih dalam siasatan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments