Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPolis Daerah Kuala Terengganu perketat pemantauan, sekatan jalan raya dan rondaan ditingkatkan

Polis Daerah Kuala Terengganu perketat pemantauan, sekatan jalan raya dan rondaan ditingkatkan

Hari ini masuk hari keempat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan merupakan hari kedua penutupan jalan di sekitar tertentu akan dilaksanakan oleh seluruh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Polis daerah Kuala Terengganu akan meneruskan tugasan mengadakan sekatan di beberapa kawasan yang telah dikenalpasti bagi menguatkuasakan PKP.

Terdapat enam lokasi penutupan jalan utama akan dilakukan iaitu di Muara Utara (Drawbridge), Hadapan JPJ Bukit Kecil, Pulau Kambing, Bulatan Ladang, Jalan Pusara dan Bulatan Jalan Sultan Omar.

Pada masa yang sama, seramai 764 anggota dari pasukan khas juga akan membuat rondaan di tempat tumpuan awam bagi memantau perkembangan terkini terutama membabitkan pergerakan dan aktiviti orang awam.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments