Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATERKINISajak untuk wira dan wirawati negara Covid-19 - Cikgu Teo

Sajak untuk wira dan wirawati negara Covid-19 – Cikgu Teo

Dalam kesanggupan, pengorbanan wira dan wirawati negara bertarung nyawa demi nusa dan bangsa, marilah sama-sama kita menadah tangan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Nukilan sajak oleh Cikgu Teo Wei Sing ini, mesej terima kasih buat semua “frontliner”.

Semoga Allah SWT melindungi kalian.

Oleh : Teo Wei Sing

“Sajak ini khas saya cipta untuk wira dan wirawati negara yang sedang bertarung nyawa untuk nusa dan bangsa. Mohon sebarkan secara umum agar mesej terima kasih dapat disampaikan kepada mereka” – Cikgu Teo Wei Sing

Kepada wira & wirawati negara

Di kala merebaknya COVID-19
Menggemparkan gundah segenap manusiawi,
Mengganggu gugat rutin dan gerak-geri kita
Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan
Merubah setiap detak nafas masyarakat
Dengarlah kata PM kita
Duduklah diam-diam di rumah
Usahlah pergi ke mana-mana.

Kepada wira dan wirawati negara
Terima kasih
Terima kasih kerana bertarung dengan virus Corona yang celaka
Mengubati setiap nyawa yang tak ternilai harganya
Mengekalkan kebahagiaan keluarga
Memapankan kesejahteraan
Demi rakyat jelata.

Kepada wira dan wirawati negara
Engkaulah
Engkaulah penyambung nafas setiap insan
Untuk kekal bernyawa
Engkaulah denyut nadi rakyat Malaysia
Untuk kekal sejahtera
Rahmat bahagia.

Kepada wira dan wirawati negara
Dikaulah adiwira bangsa
Yang berwajah insaniah
Semoga keselamatan kalian diberkati Allah S.W.T
Semoga kesihatan kalian diberkati Allah Yang Maha Esa.

(4.55am, 20/3/2020)

“Saya teringin melafazkan terima kasih dari lubuk hati saya kepada kesemua yang terlibat dalam proses memerangi wabak COVID-19 ini termasuklah para petugas perubatan, polis dan tentera, sukarelawan, wartawan serta lain-lain.

“Sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Nukilan saya ini suatu penghormatan dan mesej terima kasih kepada mereka. Saya mematuhi arahan dan perintah untuk duduk diam-diam di rumah, namun aksara dan diksi daripada minda saya enggan duduk diam-diam.

“Lalu, menari-nari di atas papan kekunci komputer untuk mencipta bait-bait indah. Khas buat wira dan wirawati yang tidak didendang. Semoga semua selamatnya diberkati-Nya”.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219266636130422&id=1645036918

*Teo Wei Sing adalah seorang guru di sebuah sekolah di Pantai Timur. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments