Saturday, June 15, 2024
HomeBERITASembunyi maklumat undang bahaya pada petugas kesihatan!

Sembunyi maklumat undang bahaya pada petugas kesihatan!

Tindakan orang awam atau pesakit yang menyembunyikan sejarah perjalanan dan maklumat hubungan rapat yang dikaitkan dengan jemaah tabligh ketika melakukan ujian saringan boleh mengundang bahaya terhadap keselamatan petugas kesihatan.

Menurut Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr. Noor Hisham Abdullah perkara seperti ini sering kali terjadi oleh kerana terdapat segelintir daripada mereka takut untuk memaklumkan perkara sebenar.

Pihak kesihatan telah mengalami beberapa insiden pada minggu ini di mana pesakit menyembunyikan hubungan dan gejala mereka semasa menjalani prosedur dan rawatan klinikal.

Hal ini telah menyebabkan kakitangan kesihatan terdedah dengan jangkitan berbahaya sehingga boleh meragut nyawa serta sekaligus menjejaskan fasiliti sedia ada.

Justeru itu, Pengarah Kesihatan Malaysia mengesa dan merayu kepada orang ramai agar berlaku jujur dan tidak menyembunyikan maklumat penting bagi keselamatan semua.

Kata beliau lagi, tidak mendedahkan atau menyembunyikan maklumat adalah menjadi satu jenayah dan boleh diambil tindakan undang-undang jika gagal berbuat demikian.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments