Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASaya beri jaminan Wisma Putra akan terus membantu walau dengan apa jua...

Saya beri jaminan Wisma Putra akan terus membantu walau dengan apa jua cara – Menteri Luar Negeri

Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein berikrar akan terus memberi perhatian serius terhadap warga Malaysia yang terkandas di luar negara.

“Saya bersama kepimpinan tertinggi Wisma Putra terus memberi perhatian tertinggi terhadap rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.

“Seperti yang dinyatakan dalam siaran akhbar Timbalan saya, YB Dato’ Kamaruddin Jaffar sebentar tadi, saya bersyukur kerana hasil kesungguhan Perwakilan Malaysia membantu, urusan kepulangan 113 orang rakyat kita yang terkandas di Maghribi dan 3 orang di Maldives telah dipermudahkan,” kongsi beliau di laman Facebook miliknya.

Saya bersama kepimpinan tertinggi Wisma Putra terus memberi perhatian tertinggi terhadap rakyat Malaysia yang terkandas…

Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Rabu, 18 Maret 2020

Dato’ Seri Hishamuddin juga berharap rakyat Malaysia yang masih berada di luar negara kekal bertenang dan tidak panik.

“Saya beri jaminan, Wisma Putra akan terus membantu walau dengan apa jua cara.

“Yang penting, pastikan terus berhubung dengan Perwakilan Malaysia yang terdekat.

“Saya faham, ini saat yang sukar. Namun selagi kita bersama dan saling membantu, saya yakin, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. InsyaAllah,” ujar beliau.

Terdahulu, Timbalan Menteri Luar Negeri mengumumkan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara seramai 841 orang, melibatkan 20 buah negara berikutan penguatkuasaan peraturan kawalan atau sekatan perjalanan oleh pelbagai negara sebagai langkah kawalan wabak yang kian meruncing di seluruh dunia.

Jumlah keseluruhan adalah 841 orang namun kesemua rakyat Malaysia yang terkandas telah diberikan bantuan konsular oleh Perwakilan Malaysia di luar negara meliputi nasihat berkenaan urusan penginapan sementara, laluan penerbangan alternatif dan bantuan-bantuan lain yang berkaitan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Pejabat Perwakilan yang terlibat telah berjaya membantu mempermudahkan urusan pulang bagi sejumlah 116 rakyat Malaysia ke Malaysia iaitu 113 daripadanya dari Maghribi; dan tiga pula dari Maldives.

Rakyat Malaysia di luar negara juga disarankan untuk mendaftarkan diri dengan Perwakilan Malaysia yang berhampiran.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments