Saturday, October 19, 2024
HomeBERITAPerdana Menteri mulakan kempen dengan hashtag #dudukrumah

Perdana Menteri mulakan kempen dengan hashtag #dudukrumah

Penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan menyebabkan pihak berkuasa mengambil beberapa tindakan bagi membendung pertambahan kes.

Sementara itu dalam negara, Perintah Kawalan Pergerakan telah dikeluarkan oleh kerajaan berkuatkuasa 18hb sehingga akhir bulan Mac.

Ini adalah langkah untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 dan untuk mengelakkan gelombang yang lebih besar dari berlaku.

Namun jika ada golongan yang bersikap acuh tak acuh dan tidak kisah seperti ini tidak mustahil Malaysia bakal berhadapan situasi sukar yang tidak dapat dibayangkan.

Semalam kita mendengar rayuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perihal gelagat orang ramai yang dilihat memandang ringan usaha kerajaan bertujuan membendung jangkitan COVID-19 secara meminimumkan pergerakan.

Hari ini, Tan Sri Muhyiddin telah berkongsi foto dengan “hashtag” #dudukrumah di laman Facebook rasmi milik beliau.

#dudukrumah#dudukdiamdiam#stayhome#staysafeArtortoise

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Rabu, 18 Maret 2020

Jika seorang Perdana Menteri boleh merayu kepada kita semua agar negara kembali aman agar rakyat terhindar dari penyakit yang boleh meragut nyawa, adakah kita masih mahu berdegil dan mementingkan diri?

Oleh itu, tolong beri kerjasama dengan mematuhi dan ambil serius dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini dan ambil iktibar dengan apa yang sudah berlaku kepada negara lain.

Ayuh rakyat Malaysia semua, kita sahut rayuan Perdana Menteri, “just stay at home”.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/the malaya post

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments