Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAir Empangan Bakun dilepaskan secara terkawal, penduduk dinasihatkan berhati-hati dengan paras air...

Air Empangan Bakun dilepaskan secara terkawal, penduduk dinasihatkan berhati-hati dengan paras air dan arus deras

Bakun Hydro Power Generation Sdn Bhd (BHPG) memaklumkan akan melaksanakan pelepasan air secara terkawal dari takungan air Empangan Bakun melalui struktur limpahan air (Spillway) Isnin ini, 9 Mac.

Jangka masa pelepasan air empangan ini akan berjalan selama tiga minggu bermula jam 10.00 pagi.

Kadar pelepasan air dilakukan adalah bagi menggurangkan impak kepada kawasan hiliran dan operasi ini akan dihentikan sesudah paras air turun ke paras normal.

Berkemungkinan Bandar Sibu dan sekitar kawasan tersebut akan mengalami air pasang besar berikutan air empangan bakun terus mengalir disepanjang Sungai Rejang.

Diharap penduduk sekitar kawasan dinasihatkan bersiap sedia dan berwaspada terhadap paras air yang naik serta arus deras semasa aktiviti pelepasan air tersebut.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments