Wajah anggota bomba dan penyelamat setelah bertungku lumus menjalankan satu operasi pemadaman kebakaran di Jalan Keluli, Pasir Gudang awal pagi semalam mulai viral.

Tempoh operasi yang dimulai dari waktu subuh sehingga petang telah melibatkan 40 anggota bomba menjayakan misi pemadaman sebuah kilang kitar semula di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=512577386327682&id=308825956702827&sfnsn=mo&d=n&vh=e
Kes ini melibatkan bantuan dari enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu BBP Pasir Gudang, BBP Johor Jaya, BBP Tebrau, BBP Larkin, BBP Penawar dan Fire Post Kempas.

Kebakaran membabitkan kilang kitar semula, San Hup Huat yang berlaku kira-kira jam 5.00 pagi masih belum dikenal pasti punca kebakaran.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply