Thursday, May 23, 2024
HomeBERITATan Sri Muhyiddin Yassin mulakan tugas Perdana Menteri ke-8

Tan Sri Muhyiddin Yassin mulakan tugas Perdana Menteri ke-8

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri ke-8 di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki pejabat beliau seawal jam 8.20 pagi.

Selepas selesai bacaan doa, beliau sempat melambai ke lensa kamera jurugambar media dan berlalu memasuki ruang pejabat.

Kelmarin, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8 Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Balai Rong Seri, Istana Negara tepat jam 10.30 pagi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diiringi Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas enam hari Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7.

Para pemimpin utama parti-parti gabungan Perikatan Nasional dan ahli-ahli Parlimen turut hadir ke istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri ke-8.

Kami The Malaya Post mengucapkan selamat bertugas kepada YAB Perdana Menteri ke-8 dan semoga urusan dipermudahkan olehNya.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments