Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATerengganu negeri terbaik STPM 2019

Terengganu negeri terbaik STPM 2019

Terengganu dinobatkan terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dua tahun berturut turut dalam pencapaian purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.02 yang mengatasi PNGK peringkat nasional 0.25 sekali gus menjadi negeri terbaik peringkat kebangsaan.

Lebih manis apabila kejayaan memperlihatkan peningkatan pencapaian pada tahun lalu iaitu PNGK 2.99.

Menurut Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Azman Othman berkata semua sekolah lulus 100 peratus dengan pencapaian PNGK sekolah luar bandar lebih tinggi berbanding di bandar sekaligus mencipta sejarah turut buat negeri Terengganu.

Seramai 72 daripada 2,275 calon berdaftar memperoleh semua A dengan PNGK 4.00 pada tahun ini berbanding 47 daripada 2,327 calon pada tahun 2018.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments