Adik kepada pelakon terkenal Anzalna, Afifah Nasir sering berkongsi aktiviti lakonan juga masa terluang bersama keluarga dan paling istimewa turut terselit kisah cinta dengan jejaka pilihan hati.
Apabila bergelar artis, sudah tentu segala tindak tanduk serta perihal peribadi menjadi tumpuan ramai.
Perkongsian Afifah bersama seorang jejaka yang telah menarik perhatian para pengikutnya.
“It was one look, that’s all it took to be where we are now. Thank you for dropping everything just to be sure you spend the whole day with me on my birthday, spoiling me rotten indeed❤” tulis Afifah.
Menjadi persoalan dan tanda tanya apabila perkongsian foto jejaka berserta caption istimewa bukan ditujukan untuk kekasih hatinya yang bernama Wan Arif.
Setelah diamati, rupa-rupanya Afifah tidak telah memadam gambarnya bersama Wan Arif, namun gambar mereka berdua masih lagi berada di laman Instagram milik jejaka terbabit.
Di ruangan komen pula, salah seorang Hero Remaja, Harris Anuar mengusik pasangan berkenaan dan menyebut nama jejaka tersebut yang dipanggil ‘Syed’.

Nampaknya Afifah sudah mendapat cinta hati yang baharu!
– THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply