Namanya mula dikenali di peringkat antarabangsa kerana wataknya sebagai Kim Ki-Jeong yang memenangi Anugerah Piala Oscar 2020 dalam filem tragicomedy thriller ‘Parasite’ pada 9 Februari lalu.
Selepas meraih kejayaan bagi kategori anugerah Pelakon Pencapaian Terbaik Skrin dalam filem, pelakon Korea Selatan, Park So-dam tampil dimuka depan majalah Elle Korea.
<#엘르> 3월호 커버 스타는 바로 아카데미 4관왕의 쾌거를 이룬 한국 영화 <#기생충 #Parasite >의 스타 #박소담 #parksodam 입니다. ✔️‘촉’ 좋은 <엘르>팀과 박소담 배우가 미리 축하의 샴페인을 터트렸어요!🥂 곧 공개되는 3월호 화보와 인터뷰, #ELLE커버스타 영상도 기대해주세요! pic.twitter.com/Dn7ECsKj2m
— ELLE Korea (@ELLE_KOREA) February 10, 2020
Mengayakan busana dan aksesori daripada jenama terkemuka Perancis, Louis Vuitton, Park So-dam menunjukkan daya tarikan yang mempesona menghiasi sampul majalah berkenaan.
Wawancara yang berceritakan tentang perasaan dan pengalaman hebat dirinya di sebalik filem ‘Parasite’ akan diterbitkan esok, 20 Februari 2020.
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply