Aishah berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan penghormatan terakhir buat Ashraf Sinclair

0

Setelah pemergian mengejut pelakon Ashraf Sinclair semalam akibat diserang penyakit jantung, hari ini adiknya Aishah Sinclair memuat naik entri di laman Instagramnya.

Di dalam entri berkenaan, Aishah berterima kasih pada semua yang hadir, menghubungi, dan terbang dari jauh untuk memberi penghormatan terakhir buat arwah Ashraf.

Tambah Aishah, ini merupakan hal yang paling berat dan susah untuk dilalui olehnya dan juga keluarga kerana sokongan dan kasih sayang Ashraf sangat bermakna buat mereka.

“Thank you so much to everyone who reached out, called, flew all the way. This has been one of the toughest days my family Ashraf was loved. Tremendously” tulisnya.

Aishah turut berkongsi gambar di perkuburan Ashraf dikebumikan.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply