Dalam satu majlis kolaborasi strategik antara Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan SME Bank dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) , LimĀ Guan Eng selaku Menteri Kewangan telah menyentuh mengenai pemerkasaan wanita di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ianya berhubung apabila ramai wanita yang dilantik untuk menerajui dan memimpin bank tempatan tambahan pula beliau baru sahaja bertemu denganĀ Pengerusi BSN baharu Rossana Annizah Rashidi, yang dilantik ke jawatan tersebutĀ pada 1 Februari lalu.
Lim seterusnya turut menamakan wanita-wanita yang dilantik keĀ pengurusan tertinggi bank dan agensi kerajaan antaranya Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Bhd Datuk Zaiton Mohd Hassan, Pengerusi MaybankĀ Datuk Mohaiyani Shamsudin dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Surina Shukri.
Tambah Lim lagi, tidak mustahil bagi Agrobank untuk diteraju oleh wanita kerana sekarang pun jawatan Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya telah disandang oleh Khadijah Iskandar.
Ini menunjukkan bahawa setiap pelantikan yang dilakukan bukanlah berdasarkan hubungan peribadi tetapi berdasarkan kepada merit dan juga kemampuan yang ditunjukkan.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply