Susulan keputusan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk tidak saman Muhammad Yusoff Rawther.
Peguam Yusoff Rawther, Haniff Khatri Abdulla hari ini menyifatkan tindakan berkenaan sebenar-benarnya pelik dan bercanggah.

“Sememangnya keputusan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk tidak meneruskan dengan niat dan arahan terdahulu kepada peguamnya Ramkarpal Singh itu bukan sahaja pelik dan bercanggah, malah tidak disokong mana-mana alasan yang dinyatakan dalam kenyataan Ramkarpal Singh”, katanya.
Tambahnya mana-mana keputusan oleh Peguamcara Negara untuk tidak mengambil pertuduhan jenayah berhubung dengan aduan Yusoff Rawther berkaitan salah laku seksual itu, tidak dari segi undang-undang bermaksud “nama baik Dato’ Seri Anwar” telah kononnya dibersihkan, seperti yang digesa oleh Ramkarpal Singh dalam kenyataannya.
Ini kerana satu-satunya institusi yang boleh membersihkan nama mana-mana pihak adalah mahkamah sahaja.

Ujarnya lagi, mana-mana tindakan sivil yang kononnya difailkan oleh pembantu Dato’ Seri Anwar iaitu Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, jikapun ada, yang masih belum diserahkan kepada Yusoff Rawther, adalah kononnya tindakan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak secara peribadi.
Dan tiada kaitan dan tidak boleh di sisi undang-undang diterima sebagai tindakan yang diambil oleh Dato’ Seri Anwar yang telah mengesahkan penarikan balik niat dan hasrat untuk menyaman Yusoff Rawther itu.

“Setakat pada tindakan lanjut oleh Yusoff Rawther berhubung aduan salah laku seksual itu, beliau masih konsisten dan berhasrat untuk mengambil tindakan yang wajar dan berpadanan kelak, sepertimana yang dibenarkan di sisi undang-undang, dan seperti yang ditegaskan dalam sidang akhbar bertarikh 17.01.2020 itu, namun antara lain tertakluk kepada penerimaan balasan daripada Peguam Cara Negara berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh Yusoff Rawther seperti yang terkandung dalam surat kami bertarikh 16.01.2020, yang masih belum memperolehi balasan daripada Pejabat Peguam Cara berkenaan.
“Semestinyalah, kami bagi pihak Yusoff Rawther akan memberikan perkembangan berhubung tindakan lanjut dalam masa yang terdekat, kelak”, katanya. –THE MALAYA POST
*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply