Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITA83 warga Malaysia yang menyertai himpunan tabligh di Indonesia akan dikuarantin sebaik...

83 warga Malaysia yang menyertai himpunan tabligh di Indonesia akan dikuarantin sebaik tiba ke tanah air

Jumlah rakyat Malaysia yang menyertai Majlis Perhimpunan Tabligh yang lalu masih lagi belum selesai kini ditambah lagi dengan berita 83 orang rakyat Malaysia menghadiri Majlis Himpunan Tabligh berskala lebih besar di negara Indonesia.

Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein turut memuat naik tweet berkenaan perhimpunan Tabligh berkenaan di laman Twitter rasmi miliknya.

Menurutnya, berhubung perhimpunan terbabit, beliau mendapat banyak kiriman mesej kerana ramai yang berasa risau khususnya rakyat Malaysia yang hadir di sana.

Tambahnya beliau berasa lega kerana pihak berkuasa dan penganjur program berkenaan telah memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan yang diadakan di Gowa itu.

Malah Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan Pertahanan memutuskan seramai 89 rakyat Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan Tabligh di Indonesia terus akan dikuarantin sebaik sahaja tiba di Malaysia.

Pihak Wisma Putra akan turut membantu mengenalpasti kesemua individu yang terlibat dalam perhimpunan terbabit secepat mungkin.

Wisma Putra tetap berpendirian bahawa semua rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara wajib menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari; selaras dengan #PerintahKawalanPergerakan negara.

Tambah Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, meskipun harus bekerja dari rumah, beliau bangga melihat kesungguhan warga Wisma Putra menjalani tugas demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat yang berada di luar negara.– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments