Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITAMoU dengan syarikat UAE dimeterai, tambah baik perkhidmatan jalur lebar

MoU dengan syarikat UAE dimeterai, tambah baik perkhidmatan jalur lebar

KUALA LUMPUR, 13 September – Kerjasama strategik syarikat Northtelecom Group dan Thuraya Telecommunications membantu negara meningkatkan dan mempercepat keupayaan penyediaan liputan telekomunikasi di kawasan luar bandar termasuk dalam sektor minyak dan gas.

Demikian kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik antara Northtelecom Group, Thuraya Telecommunications dan ScopeTel Sdn Bhd. sempena persidangan dan pameran minyak, gas dan petrokimia antarabangsa, OGA x MOGSEC & PSC 2022, di ibu negara.

Katanya kerjasama syarikat yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam bidang berkaitan telekomunikasi, fiber optik dan satelit.

“Usahasama ini penting untuk mereka beri perkhidmatan satelit di Malaysia yang akan beri manfaat kepada penduduk di kawasan luar bandar dan kawasan terpencil termasuk di lautan bagi sektor pengangkutan, nelayan dan berkaitan.

“Kalau nak tanam fiber optik atau bina pencawang kita perlukan masa dua tahun lagi untuk disiapkan tetapi dengan adanya satelit dari syarikat Thuraya Telecommunications ini, kita dapat beri perkhidmatan backup (sokongan) di kawasan yang tiada liputan,” katanya.

Syarikat Northtelecom ialah penyedia perkhidmatan komunikasi satelit beribu pejabat di Dubai menawarkan perkhidmatannya kepada pelbagai industri seperti Maritim, Tenaga, Penyiaran, Telekom, Perusahaan dan Kemanusiaan.

ScopeTel Sdn Bhd ialah sebuah syarikat tempatan yang diperbadankan di Malaysia pada 1991 dan menawarkan penyelesaian telekomunikasi dan rangkaian berasaskan satelit atau Very Small Aperture Terminal (VSAT).–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments