Monday, October 21, 2024
HomeBERITADakwaan gangguan seksual: Bapa pelakon remaja direman polis bagi membantu siasatan

Dakwaan gangguan seksual: Bapa pelakon remaja direman polis bagi membantu siasatan

PETALING JAYA, 7 Sept – Bapa kepada seorang pelakon remaja yang didakwa melakukan perbuatan cabul direman selama 6 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung pendedahan anaknya di satu program di YouTube baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, suspek telah dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk mendapatkan perintah reman.

“Suspek direman sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Semalam polis mengesahkan menerima laporan dibuat seorang pelakon berusia 15 tahun yang mendakwa diganggu secara seksual oleh bapanya menerusi pendedahan dalam program ‘broadcast’ tersebut pada 10.25 malam, kelmarin.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Kedah pada pukul 2.25 petang semalam.

“Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek dan akan dihantar ke Jabatan Forensik untuk dianalisis.

“Saringan air kencing ke atas suspek adalah negatif dan pemeriksaan lanjut tiada sebarang rekod lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.–THE MALAYA POST.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments