Bela diri atau bebas? Nasib Zahid Hamidi diketahui 23 Sept depan

0
Sumber foto Ehsan Ahmad Zamzahuri

SHAH ALAM, 7 Sept – Hakim Mahkamah Tinggi menetapkan 23 September depan untuk menentukan keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu membela diri atau dibebaskan terhadap 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak Visa Luar Negara dan Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC).

Ketetapan itu diputuskan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa selepas mendengar hujahan peringkat akhir daripada pasukan pendakwaan dan pembelaan selama empat hari bermula 1 September lalu.

“Selepas itu dia keluar, itu sebab dia kata bila wang itu dikeluarkan, David Tan kata dia catat bila delivery dibuat kepada tertuduh, dia akan catat atas lejar tersebut,”  katanya menjawab pertanyaan hakim.

Sementara itu, pada awal prosiding, peguam bela Dato’ Seri Hamidi menghujahkan tiada bukti bagi mengesahkan sumber wang tunai UKSB diberikan kepada Ahmad Zahid, adalah hasil perjanjian dengan syarikat di Hong Kong.

Menurutnya, hujahan tersebut susulan tiada saksi pendakwaan dari syarikat terbabit dipanggil bagi memberi keterangan untuk mengesahkan kewujudan wang berkenaan.

“SP15, 16 dan 17 (Harry Lee, Wan Quoris Shah dan David Tan) kata wang diberi bukan dari hasil UKSB. Jadi wang dari mana?Jika sumber wang dari Hong Kong, kena panggil saksi dari negara itu untuk sahkan perkara berkenaan termasuk jumlahnya.

“Sumber wang itu daripada Visa Malaysia Ltd, selain dividen Valiant Capital Corporation dan Maintech System HK Ltd (syarikat Hong Kong). Pengarah syarikat itu perlu dipanggil beri keterangan. Mereka perlu membuktikan wang itu wujud atau tidak, ia perkara asas. Yang ada sekarang hanya keterangan tiga saksi pendakwaan berkenaan,” katanya.

Dato’ Seri Ahmad Zahid dalam tujuh pertuduhan didakwa menerima sejumlah wang tunai S$1,150,000; RM3 juta, 15,500 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasminya.

Dalam 33 pertuduhan lain berjumlah S$13.56 juta, beliau didakwa menerima wang tersebut daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya melanjutkan kontrak pengendali OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply