Friday, July 19, 2024
HomeBERITAAkaun Telegram, Signal PM digodam

Akaun Telegram, Signal PM digodam

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Akaun Telegram dan Signal peribadi milik Perdana Menteri, Dato’ Sri lsmail Sabri Yaakob telah digodam dan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dipercayai bagi aktiviti jenayah penipuan (scam).

Justeru, mana-mana individu yang menerima mesej daripada akaun ini diminta mengabaikannya kerana ia adalah mesej palsu daripada individu yang menyamar sebagai Perdana Menteri.

Perkara itu disahkan dalam satu kenyataan media dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, satu laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dibuat supaya siasatan terperinci dapat dilakukan.

“Mana-mana individu yang telah menjadi mangsa penipuan kewangan dan lain-lain, hendaklah melaporkannya segera kepada PDRM dan SKMM bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan itu. –THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments