Saturday, May 18, 2024
HomeBERITA40 banduan Terengganu dapat PBSL bawah program Ihsan MADANI

40 banduan Terengganu dapat PBSL bawah program Ihsan MADANI

MARANG, 19 April- Seramai 40 banduan di Terengganu mendapat Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) di bawah program Ihsan Madani Kepulangan Yang Dinanti sempena Aidilfitri bermula semalam.

Daripada jumlah Itu 32 di Institusi Penjara Marang manakala selebihnya di Penjara Koreksional Dungun.

Pastinya keceriaan jelas terpancar di raut wajah penguhuni yang menerima Pembebasan berkenaan.

Dua penghuni yang ditemui menyifatkan Aidilfitri kali ini cukup bermakna buat mereka.

Bagi Din, bukan nama sebenar, “saya rasa tidak sempat tetapi rupanya sempat bersama keluarga tahun ini. Saya berterima kasih. Semasa berada di dalam penjara ini saya tidak pandai mengaji, sekarang sudah boleh mengaji.

“Banyak perkara yang saya tahu, dan saya rasa beruntung diberi peluang mengenali di dalam penjara ini.”

Bagi Nan yang ditemui pemberita juga, “mengucapkan terima kasih kepada Penjara Marang saya hendak pulang ke rumah. Alhamdulillah, saya sudah boleh sembahyang dan membaca iqra’.”

Dalam pada Itu Pengarah Penjara Negeri Penolong Kanan Komisioner Hamid Taha berkata pengumuman perdana menteri semalam sangat menceriakan penguhuni yang terpilih.

Melalui program PBSL Itu kesemua mereka akan dipantau oleh Pegawai Parol.

“Program julung kali diadakan Ihsan Madani ini memberi peluang kepada mereka sama-sama menghayati dan merayakan aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

“Harapan saya saya mengharapkan keluara masyarakat dan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama-sama membantu jabatan penjara memberi kepercayaan kepada penghuni ataupun mereka yang melakukan kesalahan untuk sama-sama berada dalam membangunkan negara,” katanya kepada RTM selepas program pelepasan 14 penghuni Institusi Penjara Marang di Pulau Kerengga hari ini.

Institusi Penjara Marang menempatkan 2,773 penghuni.

Terdapat dua penjara di Terengganu termasuk satu lagi Pusat Koreksional Dungun yang menempatkan 479 penghuni.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments