Sunday, June 16, 2024
HomeBERITA4 nelayan Myanmar ditangkap, ceroboh perairan Malaysia

4 nelayan Myanmar ditangkap, ceroboh perairan Malaysia

Di Lumut, empat kru warga Myanmar tanpa dokumen yang berkerja di atas dua bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak di perairan Kuala Trong dan Pantai Remis.

Menurut Pengarahnya, Kapten Maritim Mohd Hambali Ya’akup, dua bot itu ditahan di kedudukan 7.0 batu nautika barat daya Sungai Belukang dan 7.5 batu nautika Pulau Pasir Hitam pada kelmarin dan semalam.

Empat kru warga asing berusia antara 40 hingga 55 tahun itu ditahan selepas didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan.

“Pemeriksaan bot pertama jam 9.40 pagi, Sabtu lalu mendapati bot itu dikendalikan tiga kru warga Myanmar tanpa dokumen pengenalan diri sedang melakukan aktiviti perikanan di bawah lapan batu nautika yang tidak mematuhi kebenaran syarat sah lesen.

“Sementara, sebuah lagi bot pukat tunda tempatan ditahan di perairan Pantai Remis juga sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan yang mana tekong bot warga Myanmar tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, empat warga asing itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) dan Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, bot bersama empat kru warga asing dan kira-kira 130 kilogram hasil tangkapan pelbagai jenis ikan itu diiring ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Sitiawan untuk tindakan lanjut.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments