Thursday, October 17, 2024
HomeBERITAJPN beri penjelasan kes tular mengenai warga China miliki MYKad

JPN beri penjelasan kes tular mengenai warga China miliki MYKad

Susulan kes tular di media sosial mengenai warga China miliki MYKad, Jabatan Pendaftaran Negara, JPN, tampil berikan penjelasan.

sumber: FB Sir Azri

JPN menerusi kenyataan hari ini berkata isu yang sama, pernah ditularkan pada 2018.

Jelas JPN, individu terbabit adalah isteri kepada warga Malaysia yang memperoleh kewarganegaraan Malaysia menerusi Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan pada September 2017.

“Sebagai isteri kepada warganegara Malaysia yang berkahwin secara sah mengikut undang-undang Malaysia, beliau boleh memohon kerakyatan setelah memenuhi syarat ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

“Permohonan dan kelulusan kewarganegaraan bukan tertumpu kepada kaum tertentu, malah JPN menerima dan meluluskan daripada pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia.

“Penganugerahan taraf kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi oleh kerajaan Malaysia kepada warga asing yang benar-benar layak dan perlu mengikut syarat ditetapkan, selain tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, JPN meminta orang ramai menghentikan penyebaran gambar berkenaan di media sosial bagi mengelak kekeliruan dan kebimbangan rakyat bahawa kerajaan sewenang-wenangnya memberi kewarganegaraan kepada rakyat asing.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang menyebarkan sebarang isu berunsur fitnah kepada kerajaan,” katanya.

Semalam, The Malaya Post melaporkan, Exco Pemuda UMNO, Wan Muhd Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai Papagomo mendedahkan sekeping gambar yang di terima beliau, memaparkan kad pengenalan Malaysia dan passport negara asing beridentiti individu yang sama.

Susulan itu, Papagomo mendesak KDN dan Polis siasat foto tular kad pengenalan Malaysia dan passport negara asing, beridentiti individu sama.

“Aku masih bersangka baik walaupun terkejut bila menerima paparan gambar seorang wanita yang mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia dan dalam masa yang sama juga merupakan warganegara China” ujar beliau di facebook Sir Azri.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments