Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAKomunikasi Politik perlu jelas, kunci menang hati rakyat

Komunikasi Politik perlu jelas, kunci menang hati rakyat

Dalam politik moden, bukan suara paling lantang yang mengubah sokongan tetapi mesej yang paling mudah difahami.

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kejelasan mesej politik menjadi kunci menawan hati rakyat. Pemimpin perlu bercakap dengan bahasa rakyat – terus terang, padat dan tepat.

Ramai pemimpin masih berucap terlalu berbunga dan berputar-putar. Sedangkan rakyat hanya ingin tahu satu perkara:

“Apa manfaatnya kepada saya dan keluarga saya?”

Kajian oleh Turkenburg (2025) dalam Human Communication Research mendapati mesej politik yang terlalu rumit atau berlapik elit menjauhkan rakyat daripada mesej sebenar. Sebaliknya, mesej yang ringkas dan mudah difahami lebih berkesan dalam membina kepercayaan serta sokongan.

Nelson Mandela pernah berkata:

Terjemahannya “Kalau kamu bercakap dengan seseoranf dalam bahasanya, kata-kata itu pergi ke hatinya”.

Bahasa hati lebih kuat daripada bahasa podium.

Kajian oleh Ferrara & Angino (2022) dalam European Journal of Political Economy turut menunjukkan mesej yang jelas dan tidak berbelit lebih menarik perhatian serta meningkatkan penglibatan audiens.

Prinsipnya sama dalam politik: Semakin jelas mesej, semakin tinggi keyakinan rakyat.

Di Malaysia, setiap pemimpin mempunyai gaya komunikasi tersendiri.

Mantan Perdana Menteri ke4 dan 7, Tun Dr. Mahathir Mohamad dikenali dengan gaya tajam, padat dan berpaksikan rakyat. Tun Dr. M mampu menjelaskan isu rumit dalam bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Menteri Perladangan Dan Komoditi juga Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam (NRES), Dato’ Seri Johari Abdul Ghani pula membawa pendekatan moden, rasional dan berasaskan data, seiring dengan keperluan pengundi muda dan profesional.

Kajian Lawson et al. (2022) dalam Frontiers in Political Science mendapati pengundi moden lebih mempercayai pemimpin yang konsisten, berpandukan fakta dan bukannya retorik semata-mata.

Sementara itu, di Sabah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menonjol dengan gaya lantang dan terus kepada isu, dekat dengan realiti serta bahasa rakyat luar bandar.

Adun Usukan juga mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Salleh Said Keruak pula tampil dengan pendekatan yang tenang, berfakta dan berhujah secara membina.

Setiap gaya ini mempunyai kekuatan tersendiri dalam membina kepercayaan dan hubungan dengan rakyat.

Akhirnya, komunikasi politik bukan sekadar seni berbicara, tetapi seni membina kepercayaan.

Kerana dalam politik hari ini, yang paling didengar bukan suara yang paling kuat, tetapi yang paling jelas.

“Boleh bah kalau kau”

NIK SURYANI MEGAT DERAMAN

Nota: Gambar hiasan, menulis dari realiti kehidupan rakyat.

–THE MALAYA POST

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments