Saturday, October 19, 2024
HomeBERITAZizan usik adik Neelofa, Ameera Khan

Zizan usik adik Neelofa, Ameera Khan

Siapa sahaja tidak mengenali pelawak terkenal, Zizan Razak yang sering menghiburkan para peminat dengan lawak spontannya.

Terbaru, Zizan sempat memuat naik satu entri yang memaparkan gambar lamanya serta gambar adik kepada pengacara Neelofa iaitu Little Miss Khan atau Ameera Khan.

“Alhamdulillah rambut kita sama. Maksudnya taste kita samalah tu.Harap hati kita sama juga. Nanti sy cari baju pink gini ya dihari sanding kita. @littlemisskhan #zizanmisscall #rambutsama #hatisama #tastesama” celoteh Zizan.

Zizan dan Neelofa sememangnya sudah rapat dan kedua-duanya berasal dari negeri sebelah pantai timur.

Di ruangan komen Instagram milik Zizan, rakan artis dan juga para peminat mula mengusik Zizan dengan berkata harus meminta izin dari bakal kakak ipar dahulu yang ditujukan kepada Neelofa.

Malah terdapat juga komen nakal netizen yang mengatakan hidung Zizan dan Ameera seakan sama!

Netizen ni memang tidak pernah kering dengan idea dan gurau senda yang menghiburkan!

Hai, Zizang mung start ‘jual minyok’ ke adik Neelofa pulok!

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments