Zahid Hamidi minta Ahli Parlimen UMNO sebelum Februari

0

Ahli Parlimen UMNO diminta meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum bulan Februari ini bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) secepat mungkin.

Memetik laporan Suara TV, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan perkara berkenaan dalam perjumpaan bersama Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur sebentar tadi.

“UMNO tiada pilihan kerana kerajaan ini gagal memahami hati nurani rakyat yang mahukan pembaharuan dan reformasi dalam pentadbiran,” katanya.

Beliau turut membangkitkan isu penjualan aset-aset Tabung Haji oleh Pakatan Harapan yang dibuat secara tidak betul dan gagal dinilai semula oleh kerajaan hari ini.

Selain itu  Ahmad Zahid mempersoalkan kegagalan melakukan pembetulan dalam kes kematian anggota bomba Mohd Adib dan pendakwaan terpilih oleh Pakatan Harapan masih berterusan.

Begitu juga kegagalan mengambil tindakan ke atas menteri yang melakukan seks luar tabie juga antara punca UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply