Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAYoo Jae Suk aktif terlibat dengan kerja-kerja amal, derma sebahagian pendapatannya kepada...

Yoo Jae Suk aktif terlibat dengan kerja-kerja amal, derma sebahagian pendapatannya kepada yang memerlukan

Berpewatakan sense of humor, tidak hairanlah Yoo Jae Suk cukup dikenali dan diminati ramai.

Pelawak terkenal ini bukan sahaja dikenali di Korea malah di seluruh dunia.

Idola Korea Selatan ini juga sangat aktif dalam melakukan kerja-kerja amal dan suka memberi sumbangan kepada yang memerlukan.

Dilaporkan Yoo Jae Suk telah menderma sebahagian dari pendapatannya melalui projek ‘Yooplash’ sebanyak 200 juta Won ($ 172,567.02 USD).

Dana itu disumbangkan kepada Majlis Sokongan Muzik Anak dan Remaja bagi membiayai kelas alatan muzik kanak-kanak.

Terdahulu, Jae Suk menderma 50 juta Won ($ 41,733) kepada Persatuan Bantuan Bencana Korea Selatan untuk membantu mereka yang terjejas akibat Taufan Mitag serta mangsa gempa bumi di Pohang. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments