Sementara itu, Setiausaha Organisasi DAP, YB Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataannya menyifatkan tindakan YB Ronnie Liu tidak bertanggungjawab, satu sabotaj, serius dan ia bersikap peribadi serta bukan pendirian parti DAP.
“Kenyataan Ronnie Liu tidak bertanggungjawab, satu sabotaj, serius dan ia bersikap peribadi serta bukan pendirian parti DAP. Ia boleh gugat kestabilan Pakatan. Satu kenyataan yang tidak patut oleh mana mana pemimpin DAP” katanya dalam satu kenyataan disiarkan difacebook Setiausaha Politiknya Dato’ Dahlan Makmor.
Kata YB Anthony yang juga Menteri Pengangkutan tindakan YB Ronnie boleh gugat kestabilan Pakatan.
Ia satu kenyataan yang tidak patut oleh mana mana pemimpin DAP.
“Kerajaan Pakatan berdiri atas kekuatan 4 parti, Bersatu, Amanah, PKR dan DAP, Ronnie akan dirujuk ke jawatankuasa disiplin parti” katanya.
Katanya kerajaan Pakatan berdiri atas kekuatan 4 parti, Bersatu, Amanah, PKR dan DAP.
Susulan itu kes YB Ronnie akan dirujuk ke jawatankuasa disiplin parti.

Leave a Reply