Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAYazit Search meninggal dunia

Yazit Search meninggal dunia

Hari ini dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian bekas pemain drum kumpulan rock lagenda negara, Search, Yazit Ahmad ke Rahmatullah.

Solat jenazah dilakukan di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati sebelum Zohor hari ini

Menurut Adik Allahyarham Zahid Ahmad, jenazah abangnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah KL-Karak (Taman Selasih).

Terdahulu solat jenazah dilakukan di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati sebelum Zohor hari ini.

Sebelum ini dilaporkan tentang berita Yazit yang telah kritikal dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan otak kerana kekurangan oksigen dalam badannya.

Kemaskini dari laman Facebook adiknya, Zahid Ahmad pada pagi ini (26 September) telah menulis dan memuat naik status berkenaan pemergian abangnya.

Menurut Zahid, sebelum ini abangnya telah bergantung kepada mesin bantuan hayat.

Untuk rekod, Yazit bersama anggota lain Zainal (Vokalis), Hillary Ang (Gitar Utama) dan Memek (Pemain Bass) merupakan anggota asal kumpulan Search yang ditubuhkan pada tahun 1977.

Sejak lebih tiga dekad mewarnai dunia muzik, kumpulan Search telah merakam lebih 20 album serta menerima pelbagai anugerah sekaligus melayakkan kumpulan ini digelar kumpulan rock terunggul tanah air sepanjang tahun 80-an hingga 90an.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments