Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan Ahli Dewan Rakyat supaya bekerja dalam satu pasukan sedang negara masih diancam pandemik COVID-19.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda bertitah, yang menang bukan menang kesemuanya, manakala yang kalah tidak kalah semua.
“Seri Paduka Baginda dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menzahirkan pandangan bahawa kemelut politik yang berlarutan tanpa titik noktah mengganggu-gugat tadbir urus kerajaan ketika kita masih diancam pandemik COVID-19
“Baginda menegaskan bahawa semua kemelut dan kecelaruan politik ini memberi kesan negatif yang mendalam kepada ekonomi negara, di samping demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat.
Titah baginda mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik ketika ini.
“Baginda berdua turut menzahirkan pandangan supaya semua Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat bersatu hati berusaha mewujudkan perpaduan dan penyatuan semua parti-parti politik dengan memberi fokus kepada isu semasa dan menjernihkan kembali kekusutan yang berlaku dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong juga menzahirkan harapan supaya pertemuan dengan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain akan turut diatur bagi sesi menghadap dari semasa ke semasa. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply