Istana Negara zahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya

0

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Zahir Armaya yang meninggal dunia akibat tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Putatan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim mengesahkan kejadian berkata, mangsa maut akibat tertembak oleh rakannya sendiri dalam jarak lingkungan 5 meter semasa acara persembahan tembak di majlis terbabit.

Siasatan polis mengesahkan mangsa, Mejar Mohd Zahir Armaya, 36 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes diklasifikasi Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya adalah pegawai dari pasukan 11 Rejimen Gerakkhas, Kem Sungai Udang, Melaka.

 

Leave a Reply