Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong negatif COVID-19

0

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Ahmad Fadil Shamsuddin mengesahkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong negatif dari wabak jangkitan COVID-19 selepas menjalani proses ujian saringan.

Proses saringan berkenaan dijalankan selepas tujuh kakitangan Istana Negara didapati positif COVID-19.

Lanjutan proses ini, Seri Paduka Baginda berdua dikuarantin selama 14 hari di Istana sejak semalam.

Pihak kesihatan kini sedang mengenal pasti punca jangkitan yang melibatkan tujuh kakitangan terbabit.

https://www.facebook.com/groups/penyokongsetiaYDPA/permalink/2630214767085121/?sfnsn=mo

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply