Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA‘Yahudi rampas rumah, kami jadi pelarian tapi tak pernah membenci’ - Mohamed...

‘Yahudi rampas rumah, kami jadi pelarian tapi tak pernah membenci’ – Mohamed Hadid

“Kerana terlalu bermurah hati dengan orang Yahudi, kediaman kami dirampas dan akhirnya kami menjadi pelarian”.

Demikian kata Bapa kepada supermodel terkemuka dunia, Bella dan Gigi Hadid iaitu Mohamed Hadid.

Menurut Mojamed Hadid, menerusi satu hantaran status mengenang Allahyarham ibunya, Puteri Khairiah Daher Hadid di Instagram, beliau berkata, ibu dan Allahyarham bapanya, Anwar Hadid sangat baik kerana memberi tempat tinggal kepada orang Yahudi.

“Ini ibu bapa saya yang mempelawa keluarga Yahudi ke kediaman mereka pada 1946.

“Mereka (keluarga Yahudi) rampas rumah dan kami jadi pelarian. ketika itu (1948) saya baru berusia sebulan namun saya tiada sekelumit rasa kebencian terhadap Yahudi kerana ibu bapa kami ajar kami untuk tidak membenci,” ujar Mohamed Hadid.

Melalui hantaran status berkenaan, turut disertakan sekeping foto lama hitam putih allahyarham ibu bapanya masing-masing segak dan jelita mendondon busana perkahwinan.

Mohamed Hadid 72 tahun, berketurunan Palestin dan merupakan seorang jutawan yang juga pemaju hartanah ulung berpangkalan Amerika Syarikat.

Mohamed Hadid dikenali dan dihormati ramai kerana mengusahakan perniagaan hartanah termasuk membina hotel dan mahligai mewah di kejiranan Bel Air, Los Angeles Beverly Hills, California.

Memiliki kekayaan berjumlah sehingga AS$200 juta (RM825 juta), lelaki itu mempunyai lima orang cahaya mata termasuk Bella dan Gigi yang membina nama dalam dunia peragaan global.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments