Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAWisma Putra kenal pasti 11 warga Malaysia yang berada di luar negara...

Wisma Putra kenal pasti 11 warga Malaysia yang berada di luar negara positif COVID-19

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) serta Perwakilan Malaysia di luar negara sentiasa memantau secara rapat perkembangan penularan wabak COVID-19.

Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur Dato’ Seri Hishamuddin berkata beliau amat memandang serius soal kesejahteraan serta tahap kesihatan rakyat Malaysia terutamanya yang kini berada di negara-negara terjejas teruk akibat COVID-19 ini.

Tambah beliau, Dato’ Kamaruddin Jaffar akan mengetuai “taskforce” di Wisma Putra yang ditugaskan khusus untuk meneliti secara terperinci perkembangan rakyat Malaysia di luar negara dan laporan melalui “taskforce” akan disalurkan terus kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Setakat ini, Wisma Putra telah mengenal pasti seramai 11 orang rakyat Malaysia di luar negara yang dijangkiti COVID-19.

Ia mencakupi 9 orang rakyat Malaysia di Singapura (2 telah dibenar keluar, 7 lagi masih dirawat di Singapura) dan 2 orang rakyat Malaysia di Jepun (kedua-dua telah pulang ke Malaysia).

Sementara itu, dalam usaha memastikan rakyat di luar negara di pantau rapi, beliau turut memaklumkan bahawa Wisma Putra melalui perwakilan-perwakilan Malaysia juga sentiasa mengemaskini rekod rakyat Malaysia di negara yang terjejas.

Sehingga semalam, bilangan rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Perwakilan Malaysia di 10 negara paling teruk terjejas akibat COVID-19 adalah :

i. China : 14,929i

ii. Republik Korea : 4,297

iii. Itali : 380

iv. Iran : 67

v. Jepun : 6,019

vi. Perancis : 2,401

vii. Jerman : 2,218

viii. Sepanyol : 150

ix. Amerika Syarikat : 23,179

x. Switzerland : 790

Jumlah rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Perwakilan Malaysia ini tidak termasuk penjawat awam serta ahli keluarga mereka yang sedang berkhidmat dengan perwakilan.

Jumlah penjawat awam dan ahli keluarga adalah :

i. China : 322

ii. Republik Korea : 53

iii. Itali : 35

iv. Iran : 25

v. Jepun : 74

vi. Perancis : 53

vii. Jerman : 59

viii. Sepanyol : 9

ix. Amerika Syarikat : 172

x. Switzerland : 39

Mengambil kira jumlah rakyat Malaysia di luar negara yang agak ramai, beliau menggesa mereka yang belum mendaftar dengan perwakilan-perwakilan yang terdekat, untuk segera berbuat demikian.

Malahan tindakan mendaftar ini penting demi memudahkan lagi pihak perwakilan menghulurkan bantuan konsular kepada yang memerlukan.

Pihak perwakilan di negara masing-masing boleh dihubungi melalui talian yang tertera (seperti dalam pautan).

https://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission

Dato’ Seri Hishamuddin turut menasihatkan seluruh rakyat Malaysia sama ada di dalam mahupun luar negara agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia serta patuhi arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.

Sekiranya terdapat simptom-simptom COVID-19, segera dapatkan rawatan di pusat-pusat kesihatan yang berdekatan.

Bagi situasi semasa keadaan rakyat Malaysia di Wuhan pula, misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Wilayah Wuhan, Wisma Putra sentiasa berhubung dengan Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Hubei (Hubei FAO) bagi memohon keizinan agar lima orang rakyat Malaysia yang masih terkandas di Wuhan boleh berlepas pulang dari Lapangan Terbang Changsha di wilayah Hunan.

Lima orang rakyat Malaysia yang masih terkandas dan disahkan bebas dari COVID-19 adalah :

i. Ling Ming Sze

ii. Wong Siong Fung

iii. Ling Chun Hong

iv. Yong Su Ming

v. Ling Nai Hua

Wisma Putra juga telah memberi butiran perjalanan mereka kepada Hubei FAO termasuk nombor pendaftaran kereta, maklumat pemandu serta laluan yang akan mereka gunakan.

Sehingga kini Wisma Putra masih menanti jawapan daripada Kerajaan China dan Hubei FAO juga sedang berusaha membantu dengan sebaik mungkin.

Maklumat berhubung perkara ini, akan dimaklumkan dari masa ke masa.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments