Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengkritik negara kaya yang bersiap sedia untuk memberi dos penggalak kepada penduduk mereka.
Sedangkan negara miskin masih bergelut dalam usaha mendapatkan bekalan bagi suntikan dos pertama, kata WHO di Twitter.
"Some countries are now rolling out booster doses to fully-vaccinated people, when millions of people around the world have not even received their first dose"-@DrTedros #VaccinEquity
— World Health Organization (WHO) (@WHO) September 1, 2021
Terdahulu, WHO dalam satu kenyataan di Twitter rasminya turut berkata, data saintifik tidak menunjukkan bukti berhubung keperluan untuk suntikan ‘penggalak’ vaksin COVID-19.
"3rd dose may be necessary for at most risk ppl, where there's evidence of waning immunity against severe #COVID19 disease & death – such as the small group of immunocompromised ppl who didn't respond sufficiently to initial doses, or are no longer producing antibodies"-@DrTedros
— World Health Organization (WHO) (@WHO) September 1, 2021
Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) di Twitter rasminya mengesahkan golongan yang sudah lengkap vaksinasi, tidak perlu diberi suntikan ‘penggalak’ vaksin COVID-19 dengan segera.
Pun begitu, ECDC berkata, pemberian dos tambahan kepada mereka yang mengalami sistem imun lemah, harus dipertimbangkan.
There is no urgent need for the #booster doses of #COVID19 vaccines for the fully vaccinated.
Additional doses however should already be considered for people with severely weakened immune systems.
Read more in our joint #ECDC & @EMA_News press release: https://t.co/8WFkEnlHL3
— ECDC (@ECDC_EU) September 2, 2021
“Berdasarkan bukti semasa, tiada keperluan mendesak untuk menyuntik dos ‘penggalak’ kepada individu yang lengkap vaksinasi secara umum.
“Namun adalah penting untuk membezakan keperluan dos ‘penggalak’ bagi mereka yang bertindak balas sewajarnya terhadap vaksinasi utama, dengan dos tambahan untuk golongan mengalami sistem imun lemah yang tidak memberi tindakan balas mencukupi,” katanya.
#ECDC Director – Dr Andrea #Ammon on the booster and additional doses:
Read our full report here: https://t.co/T60KSfoJSJ pic.twitter.com/9lT3TVyzem
— ECDC (@ECDC_EU) September 2, 2021
ECDC turut memaklumkan, kira-kira satu daripada setiap tiga orang dewasa berusia 18 tahun ke atas di Kesatuan Eropah (EU)/Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) masih belum menerima vaksinasi lengkap, setakat ini.
“Semua vaksin yang diluluskan EU/EEA ketika ini memberi perlindungan tinggi terhadap kes kemasukan ke hospital, penyakit teruk dan kematian berkait COVID-19,” katanya. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply