Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAWestern Digital tambah pelaburan RM2.3 bilion

Western Digital tambah pelaburan RM2.3 bilion

Keupayaan kerajaan dalam menguruskan ekonomi dan keyakinan pelabur terhadap pentadbiran dan kestabilan negara ketika dunia masih berdepan pandemik COVID-19 terbukti apabila terdapat syarikat yang berminat menambah pelaburan di negara ini.

Western Digital Sdn Bhd, syarikat pengeluar peralatan storan digital terkemuka memutuskan untuk menambah pelaburan sebanyak RM2.3 bilion bagi meningkatkan kemudahan dan kapasiti pengeluaran syarikat itu di Malaysia.

“Perkara itu dipersetujui semasa pertemuan antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Pengerusi Kumpulan Operasi Western Digital Malaysia, Datuk Dr Syed Hussian Aljunid.

“Ini menjadikan nilai keseluruhan pelaburan Western Digital di Malaysia berjumlah hampir RM18 bilion,” demikian menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.


Pelaburan baharu itu akan diperuntukkan untuk memperluaskan fasiliti dan kapasiti kilang di Western Digital Media Pulau Pinang dan Western Digital Sarawak.

Menurut kenyataan itu, nilai eksport syarikat itu dari Malaysia adalah berjumlah RM18 bilion pada 2019.

“Pelaburan tambahan ini akan memberi manfaat ekonomi kepada negara selain membuka peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 penduduk tempatan,” katanya.

Komitmen Kumpulan Western Digital ini mencerminkan keyakinan tinggi pelabur dari luar negara terhadap kerajaan untuk terus mengembangkan pelaburan dan operasi mereka di Malaysia.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceBERNAMA
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments