Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAWarisan dan salasilah Diraja Perak tersimpan rapi di Galeri Sultan Azlan Shah

Warisan dan salasilah Diraja Perak tersimpan rapi di Galeri Sultan Azlan Shah

Uniknya di negeri Perak, terdapat banyak bangunan bersejarah yang masih tersergam megah dan sentiasa dipulihara baik oleh kerajaan negeri.

Salah satu bangunan yang punyai sejarah Diraja Perak iaitu Galeri Sultan Azlan Shah bertempat di Jalan Istanan, Bukit Chandan di daerah Diraja Kuala Kangsar.

Dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 9 Disember 2003, sejarah awal istana yang dikenali sebagai ‘Istana Hulu’ atau ‘Istana Kota’ terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di negeri Perak.

Istana kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) mula dibina pada tahun 1889 dan siap sepenuhnya pada tahun 1903.

Istana ini didiami oleh anakanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil pada tahun 1916 dan dua tahun kemudian istana ini diduduki pula putera baginda iaitu Sultan Yussuff Izudin Shah iaitu Sultan Perak ke-32 (1948-1963).

Pada tahun 1954, Istana Hulu ini dimiliki oleh Kementerian Pelajaran dan tiga tahun kemudian (1957) bangunan ini dijadikan sebagai sekolah yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota.

Pada tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Istana Kota ditukar pula dengan nama Sekolah Raja Perempuan Muzwin, iaitu mengambil sempena nama Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perak, Raja Muzwin Raja Ariff.

Pada tahun 1996, Sekolah Raja Perempuan Muzwin telah mendapat bangunan baharunya yang berhampiran dengan kawasan ini.

Bangunan istana yang ditinggalkan ini akhirnya telah dicadangkan untuk dijadikan Galeri Sultan Azlan Shah.

Galeri didalam istana ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan.

Maka tidak hairanlah, jika berkunjung ke muzium mahupun galeri sambil menjamu mata, secara tidak langsung juga dapat menambah ilmu pengetahuan am.

Tidak terlepas dari signifikasi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk ‘bumbung limas’ dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid,manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial.

Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri – genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali – untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari ‘Cengal’ dan ‘Meranti’ kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok.

Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah.

Di galeri ini juga menempatkan kedai cenderamata yang menjual barangan yang berkaitan dengan kesultanan Perak.
Para pengunjung bolehlah membeli barangan cenderamata Diraja Perak untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan mahupun sebagai cenderahati buat teman-teman dan keluarga.

Kepada pencinta sejarah raja-raja Melayu wajib berkunjung di Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.

Disenaraikan juga bayaran masuk ke Galeri Sultan Azlan Shah, adalah seperti berikut :

Dewasa

RM4.00

Warga Emas/IPT/Sek. Menengah

RM2.00

Sek. Rendah/Kanak-Kanak

RM1.00

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments