Rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari luar negara akan dikuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang telah dikhaskan mulai 3 April.
Sejurus tiba di lapangan terbang, mereka akan dibawa ke pusat kuarantin menaiki bas yang telah disediakan dan akan disaring oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jika terdapat individu yang positif akan dihantar ke hospital dan jika tidak akan dikuarantin 14 hari.
Dalam tempoh 14 hari, sekiranya terdapat mana-mana individu positif COVID-19 maka pihak KKM akan mengambil tindakan segera membawa ke hospital.
Ahli keluarga diminta untuk tidak menyambut kepulangan anak-anak atau saudara di lapangan terbang oleh kerana mereka akan terus dihantar ke pusat kuarantin sejajar saranan kerajaan.
Hishammuddin HusseinDato' Kamarudin Jaffar – P124 Bandar Tun RazakKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMajlis Keselamatan…
Dikirim oleh Wisma Putra pada Selasa, 31 Maret 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply