Thursday, October 17, 2024
HomeBERITAWap air vape berisiko sebar COVID-19

Wap air vape berisiko sebar COVID-19

Bagi anak muda atau perokok sebilangannya akan memiliki pod vape bagi menggantikan rokok.

Kepada penggemar vape, anda dinasihatkan berhenti demi keselamatan diri mahupun orang berhampiran dengan anda.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia, jangkitan penyakit berjangkit COVID-19 akan menyerang paru-paru manusia sekaligus menyebabkan paru-paru anda tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sekiranya anda masih menggunakan vape, mungkin ini waktu terbaik untuk anda berhenti demi keselamatan diri anda dan…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Sabtu, 18 April 2020

Oleh itu, pada ketika ini sangat penting untuk memastikan paru-paru berada dalam keadaan baik dan sihat.

Meskipun kajian yang dilakukan mengenai vape dan COVID-19 masih terhad, pakar kesihatan sangat yakin dengan mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan vape juga mampu menyebabkan risiko mendapat komplikasi serius.

Ketua Jabatan Otolaryngology di Stanford Medicine, Dr Robert Jackler berpendapat, wap air dari vape juga mempunyai risiko penyebaran.

Ini kerana apabila seseorang menyedut cecair vape, ia akan melalui paru-paru sebelum dihembus melalui mulut ke udara.

Wap air tersebut bukan sahaja mengandungi cecair vape, malah ia mungkin membawa bersama virus dan kuman yang terdapat dalam paru paru.

Lebih membimbangkan, cecair aerosol vape juga sangat halus dan ringan menyebabkan ia terampai lebih lama di udara.

Dalam keadaan ini, risiko virus tersebar juga lebih tinggi kerana ia mampu bergerak lebih jauh dan bertahan di udara lebih lama.

http://jomquit.moh.gov.my

Sayangi nyawa anda dan juga orang sekeliling anda, jauhi rokok dan ‘rokok instant’.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments