Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITATERKINIWanita disyaki mengalami tekanan perasaan pandu kereta masuk ke dalam bangunan lapangan...

Wanita disyaki mengalami tekanan perasaan pandu kereta masuk ke dalam bangunan lapangan terbang

Suasana di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, hari ini bertukar kecoh gara-gara tindakan seorang wanita memandu masuk ke dalam bangunan berkenaan.

Dalam kejadian 5.30 petang semalam, kakitangan LTSM dan orang awam panik apabila melihat seorang wanita dengan selamba memandu ke dalam kawasan bangunan tingkat satu yang juga balai ketibaan.

Difahamkan, wanita berusia 55 tahun itu mengalami tekanan perasaan dan memandu sehingga masuk ke kawasan bangunan LTSM.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments