Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAWaktu melawat, bilangan pelawat hospital dipendekkan

Waktu melawat, bilangan pelawat hospital dipendekkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan waktu melawat dan bilangan pelawat yang dibenarkan ke hospital semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih lagi kekal sama seperti tempoh PKP.

Pelawat hanya dibenarkan masuk ke dalam wad bagi kes kecemasan atau kes kritikal sahaja, malahan waktu melawat juga dipendekkan mengikut ketetapan hospital.

Manakala bagi temujanji di klinik, hanya seorang peneman sahaja dibenarkan kecuali pesakit kanak-kanak atau pesakit yang memerlukan bantuan atau kes kecemasan.

“Polisi ini diambil bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 di hospital dan memutuskan rantaian jangkitan wabak secara berterusan.

“KKM melihat dengan mengambil langkah seperti ini sekaligus ia dapat mengurangkan kesesakan hospital serta membolehkan penjarakkan sosial diamalkan.

“Malah ianya juga menjadi tanggungjawab pihak kesihatan untuk melindungi pesakit dan juga petugas barisan hadapan daripada dijangkiti virus COVID-19,” ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah.

Kenyataan Akhbar KKM Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Covid-19, 22 Julai 2020- 4 kes sembuh- 16 kes baharu (8…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 22 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments