Friday, July 26, 2024
HomeBERITAViral video lori simen rempuh tren kargo KTMB

Viral video lori simen rempuh tren kargo KTMB

Tular di media sosial tentang kemalangan melibatkan sebuah lori simen dengan tren kargo Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Klang.

Video yang dirakam melalui dashcam milik orang awam yang berdurasi selama 18 saat itu menunjukkan sebuah lori yang cuba melintasi laluan keretapi meskipun penjaga stesen tersebut sudah mengarahkannya untuk berhenti.

Kemalangan berkenaan berlaku di Get Koperasi Pembangunan Kg Tersusun Mawai Baru Sdn. Bhd.(KOPEMA), Kilometer 2 Pelabuhan Utara.

Kemalangan itu telah menyebabkan lori simen itu terbalik dan muatan simen yang cair di dalamnya telah tumpah di tempat kejadian.

Rempuhan itu mengakibatkan bahagian hadapan keretapi berkenaan remuk manakala lori simen terbabit juga mengalami kerosakan teruk.

Namun kedua-dua pemandu kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Punca kemalangan masih disiasat.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments