Friday, July 19, 2024
HomeBERITAViral seekor rusa merempuh masuk kedai rambut di Tasik Ronkonkoma, New York

Viral seekor rusa merempuh masuk kedai rambut di Tasik Ronkonkoma, New York

Baru baru ini, tular di media sosial berkenaan seekor rusa yang merempuh cermin kaca sebuah salun rambut di Long Island, Lake Ronkonkoma, New York, Amerika Syarikat.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Be.You.Tiful Salon di 344 Portion Road, Lake Ronkonkoma.

Video pertama yang dimuat naik memaparkan seekor rusa berlari dengan pantas dan melompat melepasi sebuah kereta di jalan raya.

Kemudian, rusa yang sama juga merempuh cermin kaca salun sehingga rusa itu hampir menanduk seorang wanita yang duduk di kerusi berhampiran cermin kaca di dalam salun berkenaan.

Rusa itu kemudiannya berlegar-legar dan melanggar barangan di dalam salun sebelum merempuh keluar melalui pintu.

Akibat rempuhan tersebut, pemilik salun berkata dia dan para pekerjanya mengambil masa satu minggu untuk membersihkan salunnya dan bersyukur tiada sebarang kecederaan yang berlaku.

https://abc7ny.com/pets-animals/deer-jumps-through-window-of-long-island-hair-salon/5595423/

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments