Monday, July 15, 2024
HomeBERITA Anwar Ibrahim Marah! Anggap Kongres Maruah Melayu Sandiwara Politik

[VIDEO] Anwar Ibrahim Marah! Anggap Kongres Maruah Melayu Sandiwara Politik

KUALA LUMPUR 7 Oktober 2019: Dato’ Seri Anwar Ibrahim dikatakan marah dan mengganggap Kongres Maruah Melayu hanya sandiwara politik.

Beliau berkata demikian dalam satu video tular, yang dipercayai dirakam ketika beliau sedang berucap di hadapan tetamu di kediaman beliau, di Bukit Segambut, malam tadi.

Dakwa beliau, kerana tidak sealiran dengan Kongres, beliau tidak diundang ke Kongres Maruah Melayu.

“Berapa ramai yang tokoh penganjurnya itu para penjilat sistem lama, para penjilat golongan yang paling rasuah dan korup” dakwa Anwar.

Kongres ini juga kata Dato’ Seri Anwar tidak memberi kesan terhadap sokongan kepada dirinya.

Kongres ini adalah anjuran bersama empat buah Universiti Awam, iaitu Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Terdahulu Ketua Eksekutif Kongres Maruah Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling menegaskan kongres berkenaan terbuka kepada semua Bangsa Melayu dan ia bukanlah bersifat politik.

Dianggarkan lebih 20 ribu orang membanjiri Stadium Melawati pagi semalam.

Beberapa pemimpin politik turut hadir antaranya Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengakui pada awalnya tidak dijemput ke Kongres Maruah Melayu.

Namun pagi ini di Parlimen beliau memaklumkan hanya menerima jemputan dari penganjur di saat akhir, justeru beliau tidak dapat hadir kerana sudah ada komitmen program di Negeri Sembilan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments