Kerajaan optimis segala usaha imunisasi yang dirancang, setakat ini, berada dalam landasan tepat apabila angka harian pemberian vaksin COVID-19 berjaya melepasi 300,000 dos.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, bersama seluruh petugas barisan hadapan, sukarelawan dan rakyat Malaysia yang bersama-sama menjayakan program vaksinasi terbesar di negara ini.
“Alhamdulillah, semalam kita berjaya mencapai kadar vaksinasi sebanyak 313,761 dos sehari, dengan sejumlah 6.585 juta orang sudah menerima dos pertama dan hampir 2.735 juta lagi lengkap dua dos suntikan vaksin.
“Melihat kepada pencapaian ini, kerajaan optimis bahawa segala usaha yang dirancang berada dalam landasan tepat, insya-Allah,” katanya dalam satu ucapan ringkas melalui media sosial, hari ini,
Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 15 Jun lalu dengan sasaran peningkatan kadar vaksinasi kepada lebih 300,000 dos sehari selepas Jun.
Katanya, beliau turut mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), dengan fokus ketiga untuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada seramai mungkin penduduk negara ini.
“Ini bagi memastikan negara berjaya mencapai imuniti kelompok dan seterusnya membawa kita kembali menjalani kehidupan yang menghampiri kehidupan sebelum pandemik COVID-19,” katanya.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply