Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAUSM perkenal teknik HyBIRT di Festival Idea Putrajaya 2024

USM perkenal teknik HyBIRT di Festival Idea Putrajaya 2024

PUTRAJAYA, 30 November 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengukuhkan peranannya sebagai peneraju inovasi perubatan negara dengan memperkenalkan teknik rawatan kanser lidah terkini, Hybrid Brachytherapy-Intensity Modulated Radiotherapy (HyBIRT), di Festival Idea Putrajaya 2024.

Teknik inovatif ini menggabungkan dua kaedah rawatan brakiterapi dan radioterapi luaran (IMRT)  yang membolehkan rawatan kanser lidah tanpa pembedahan atau pemotongan bahagian yang terjejas.

Menurut pakar bedah yang juga antara pencipta teknik HyBIRT, Dr. Muhamad Yusri Musa teknik ini menawarkan alternatif bagi pesakit yang tidak mahu atau tidak sesuai untuk menjalani pembedahan atas pelbagai faktor perubatan.

“HyBIRT berpotensi memberikan pilihan yang lebih baik berbanding kaedah radioterapi sedia ada, kerana ia mampu menyembuhkan organ lidah sepenuhnya dengan fungsi yang hampir kembali seperti keadaan asal”, katanya.

Sehingga kini, IPPT USM telah menerima lebih 60 pesakit kanser lidah tempatan mahupun luar negara yang sedang dirawat menggunakan kaedah brakiterapi.

Ini merupakan permulaan yang baik bagi USM untuk memperluaskan teknik rawatan HyBIRT di negara ini, agar potensi kesembuhan pesakit kanser lidah dapat ditingkatkan pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, tidak semua kanser lidah sesuai dirawat dengan teknik HyBIRT.

Pesakit perlu berjumpa dengan doktor pakar terlebih dahulu bagi mendapatkan pandangan mengenai kesesuaian rawatan tersebut.

Festival Idea Putrajaya 2024, menjadi platform bagi USM untuk mempamerkan pencapaian cemerlang dalam teknologi perubatan.

HyBIRT mendapat perhatian ramai kerana potensinya untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit dengan pendekatan yang lebih selamat, berkesan, dan kos efektif.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments