Friday, July 19, 2024
HomeBERITAUsai resepsi perkahwinan, Ben Affleck dan JLo, Matt Damon, isteri dan anak-anak...

Usai resepsi perkahwinan, Ben Affleck dan JLo, Matt Damon, isteri dan anak-anak menaiki Jet tinggalkan Georgia

Perkahwinan ala kayangan bintang sensasi Jennifer Lopez dan Ben Affleck dikhabarkan cukup meriah.

Lebih manis resepsi itu dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan karib kedua-dua pasangan itu.

Tidak terkecuali teman baik sejak kecil Ben Affleck Matt Damon.

Matt Damon dan isterinya Luciana Barroso hadir  bersama anak-anaknya di resepsi yang berlangsung di rumah agam Ben di Georgia.

Sehari selepas resepsi itu, Ben Affleck, JLo dan Matt Damon beserta keluarga dilihat menaiki jet secara berasingan.

Matt Damon, isteri serta anak-anak perempuan Matt Damon iaitu Isabella Damon, 16, Gia Damon, 14, dan Stella Damon, 11 berangkat pulang menaiki jet pertama.

Tak lama setelah itu, Ben membantu ketiga-tiga anaknya naik jet kedua.

Dua jam kemudian, Ben menaiki jet ketiga bersama JLo.

Persahabatan Matt dan Ben bermula sejak zaman kanak-kanak mereka di mana mereka dibesarkan bersama di Massachusetts.

Sejak itu mereka berdua telah mencapai kejayaan besar dalam industri hiburan, bekerjasama beberapa kali dalam filem blockbuster.

Matt dan Ben bekerjasama dalam The Last Duel 2021, sebuah filem zaman pertengahan oleh Ridley Scott. Lama sebelum itu, kedua-duanya memperoleh Oscar untuk skrip 1997 mereka Good Will Hunting.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments